Jurumekap profesional, Syedewa berkongsi di aplikasi X insiden di mana dia telah diberhentikan oleh polis trafik ketika dia memandu baru-baru ini.
Ceritanya, ketika itu dia sedang memandu dan diminta berhenti oleh polis trafik sebelum dimaklumkan dia bakal disaman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
Main nak saman je?
Bagaimanapun, dia tidak berpuas hati kerana memang sudah memakai tali pinggang keledar dan Syedewa kemudian menyuarakan hal tersebut kepada polis berkenaan.
Dia cakap kawan dia nmpak aku tak pakai, on the way baru pasang Aku cakap kalau betul tak pakai tunjuk lah bukti. Dia cakap kalau nak fight pegi mahkamah.
Tidak berputus asa, Syedewa kemudian berkata kepada seorang lagi anggota polis trafik tersebut bahawa keretanya akan mengeluarkan bunyi sekiranya tali pinggang keledar tidak dipakai.
Mereka berdua kemudian beredar dan tidak meneruskan saman terhadapnya. Hal itu membuatkan Syedewa tertanya dan mempersoal tentang integriti dua anggota itu bertugas.
Masalahnya.. boleh eh saman saman gitu main, main tengok tengok, teka teka siap nak suruh pergi mahkamah fight. apa benda ni PDRM?
Pastu member dia dtg, ckp nak keluarkan saman.
aku ckp keta aku ni kalau tak pakai bising, dia reply “hmm tu lah tu”
Pastu dia lepas.
Masalahnya.. boleh eh saman2 gitu main tgk2 teka2 siap nak suh pegi mahkamah fight. Apebenda ni pdrm?
— Syedewa (@syedewa) August 6, 2024
Ramai pernah kena?
Dia turut berkongsi tentang insiden itu di Instagram story dan mengejutkan, menurut Syedewa ramai yang membalas hantaran tersebut memaklumkan mereka juga pernah terkena hal yang sama dengan polis trafik.
I ada pengalaman, pernah kena RM800. Malas nak ingat….
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.