“Pesanan terakhir Allahyarham Along Eyzendy buat Istri undang sebak ” ramai yang turut mendoakannya..

Balu kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy, Hamidah Mohd Yatim mendedahkan arwah suaminya sering berpesan agar beliau sentiasa menjadi kuat demi diri sendiri dan anak-anak dalam meneruskan kehidupan tanpanya.

Menurut laporan Harian Metro, Hamidah berkata pesanan itu bukan sesuatu yang baru, malah sering diulang Allahyarham setiap kali keluar bekerja atau berada di luar kawasan.

“Cuma Along pesan suruh saya jadi kuat sebab ada anak-anak. Kena teruskan hidup juga kalau tak ada dia (Allahyarham). Macam mana-macam mana pun, ‘life must going on’ (hidup harus diteruskan).”

Pesanan arwah Along Eyzendy buat isteri

Hamidah berkata, kata-kata itu sentiasa tersemat dalam ingatannya kerana ia sudah menjadi pesanan tetap arwah sejak sebelum jatuh sakit.

“Jadi, kena kuat untuk anak-anak. Memang itu pesanan yang selalu Along titip dan ingatkan kepada saya. Sejak sebelum dia (arwah) sakit lagi. Macam itulah pesan dia.”

Mana-mana sebelum dia nak pergi pun, mesti dia ingatkan saya agar menjaga diri dan anak-anak.

Selamat dikebumikan jam 9.30 pagi tadi

Mengulas mengenai urusan pengebumian, Hamidah memaklumkan Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor pada jam 9.30 pagi.

Allahyarham Along dah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang pada jam 9.30 pagi ini. Terima kasih pada semua yang datang dan mendoakan.

“Insya Allah, saya sabar dan akan kuat demi anak-anak.”

Sumber: ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *