“Perlu ke buat Iive sebelah jenazh?” Aida Aris ditegur ramai tidak hormat ketika ziarah ank Amyza Adnan

Industri seni tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian putera sulung pelakon dan pelawak Amyza Adnan, Allahyarham Andre Mikhail yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur selepas bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.

Di sebalik kehadiran rakan selebriti yang datang menziarahi, timbul pula kontroversi apabila pelakon Aida Aris mencetuskan teguran netizen selepas dilihat melakukan sesi ‘live’ di media sosial ketika berada di sisi Amyza dan jenazah arwah pada malam sebelum pengebumian.

Menerusi sedutan siaran langsung yang dimuat naik di TikTok, Aida yang berpakaian serba hitam dilihat duduk bersebelahan Amyza yang sedang berehat di sisi jenazah anaknya, sambil membaca komen daripada penonton yang menyertai sesi tersebut

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi negatif apabila ramai netizen mempersoalkan kewajaran melakukan ‘live’ dalam suasana sedemikian. Antara komen yang ditinggalkan ;

“Berpada-pada lah akak nak buat live, tengok situasi.”

“Aku ni tulis padam, geram pula rasa hati, sebelah jenazah tu kak oi, kesian la keluarga arwah terutama ibunya yang tengah bersedih.”

“Perlu ke live sebelah jenazah.”
“Tolong hormat keluarga jenazah. Tak payah la buat live macam ni.”

Jenazah Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana sekitar jam 10.40 pagi selepas dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3.

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *