Perkahwinan ketiga hanya bertahan empat tahun… Mimie Haris umum sudah bercerai dedh ape berlaku

HANYA empat tahun bertahan, penyanyi dan penyacara Mimie Haris mengumumkan dia kini sudah sah bercerai dengan suaminya, Khairril Anuar Md Dahilin.

Berita tersebut dimaklumkan Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 36, dalam satu hantarannya di Threads.

Kata Mimie, dia dan bekas suami memilih untuk membuat haluan masing-masing secara matang dan profesional selain memberi fokus terhadap tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham pada masa akan datang, saya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan bapa kepada anak saya. Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan.

“Kami berdua sedang meneruskan kehidupan masing-masing dan cuba menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami,” katanya.

Dalam masa sama, Mimie memaklumkan dia juga telah tamat menjalani tempoh idah.

“Saya juga sudah tamat tempoh idah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu,” ujarnya.

Untuk rekod, Mimie mendirikan rumah tangga bersama Khairril pada 16 Oktober 2022 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sebelum itu Mimie pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020, namun jodohnya tidak panjang.

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *