“Perkahwinan 3 tahun akhirnya berakhir” Nora Ariffin kongsi vdeo suami lafaz cerai talak satu padanya

TIADA angin tiada ribut, perkahwinan penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suami berakhir apabila Dr Rushdi Ramli melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nora, 51, memuat naik video berdurasi 52 saat memperlihatkan suaminya melafazkan talak berkenaan.

Reda menerima takdir berkenaan, Nora bagaimanapun enggan berkongsi punca penceraian mereka.

WhatsApp Image 2024-08-12 at 20.41.56

Antara foto yang menjadi kenangan Nora kelak.

“Alhamdulillah selesai, Allah sahaja yang tahu,” katanya.

Bersama kapsyen tersebut, Nora turut berkongsi video lafaz cerai yang dibuat oleh Rushdi.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Selepas itu, Nora mengumumkan sudah kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *