“Perkahwinan 13 tahun terlerai…” Sharifah Aleya umum sudah bercerai, dedh ape yang berlaku..

PENYAMPAI radio Sharifah Aleya mengumumkan dia kini sah bercerai dengan suaminya, Mohammed Azam Abdullah.

Bagaimanapun, Aleya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 44, tidak memperincikan tarikh sebenar perceraian mereka.

Sebaliknya, Aleya memaklumkan perkongsian dibuat menandakan berakhirnya tempoh idah selepas berpisah dengan Azam yang lebih dikenali sebagai Miko.

Assalamualaikum, video reel (Instagram) ini merupakan kompilasi kenangan yang dirakam dan dikongsi sejak November 2025. Saya kongsikan hari ini kerana hari ini menandakan berakhimya tempoh idah saya.

“Saya kini sah bercerai. Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran video di Instagram miliknya pada Khamis.

Berkongsi keadaan dirinya selepas melalui fasa tersebut, Aleya berkata dia dan anak-anak berada dalam keadaan baik.

Tambahnya hantaran tersebut dilakukan adalah bagi mengelakkan sebarang fitnah yang berlaku pada masa akan datang.

“Kami dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain mengharungi fasa ini.

“Alhamdulillah, kami mempunyai sistem sokongan yang sangat luar biasa. Terus melangkah ke hadapan, anak-anak kesayangan ibu.

“Insya-Allah. Jika anda tidak keberatan, selitkanlah nama saya dan anak-anak dalam doa kalian. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengampuni kami,” ujarnya.

Untuk rekod, Aleya dan Miko sah bergelar suami isteri pada Januari 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah, 11, dan Ahyan Abdullah, 9.

Sebelum ini, Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 dan bercerai pada Februari 2012.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena, 17

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *