Baru-baru ini, Rafidah Ibrahim mengamuk selepas didakwa telah dihalau, malah turut diugut untuk bakar rumah jika penduduk tidak mahu berpindah.
Pelakon itu juga turut menyeru Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk selesaikan dahulu kes di mahkamah sebelum memaksa untuk berpindah tanpa kerelaan hati.
Terbaru, menerusi hantaran di Threads tular video memaparkan salah seorang bekas penduduk flat yang dibayar pampasan oleh pihak pemaju.
Wanita itu mendakwa Rafidah sudah pun menerima pampasan ratusan ribu ringgit namun hanya membuat ‘drama’ tersebut kerana mahu dibayar lebih.
Masalah dia (Rafidah), tak cukup duit (pampasan) je tu. Dia menuduh majoriti penduduk ni pengkhianat, telah menggadaikan tanah kampung baru.
Bukan mempertahankan tanah, nak duit lebih
Tambahnya, sejak kecil sehinggalah tempoh untuk keluar dari kawasan flat tersebut dia tidak pernah nampak Rafidah di sana turut mempersoal di mana sebenarnya pelakon itu tinggal.
Wanita berkenaan juga turut mendakwa Rafidah sudah pun menerima wang pampasan daripada pihak pemaju kerana pihak kerajaan meletakkan syarat projek tidak boleh dimulakan selagi penduduk yang tidak bersetuju belum dibayar pampasan.
Dia kat mana? Kat mana dia tinggal? Apa perjuangan dia sebenarnya? Dia cuma nak pampasan yang lebih. Dia sendiri dah pun dapat ratusan ribu. So, perjuangan dia sebenarnya adalah nak duit lebih, bukannya mempertahankan tanah.
Siapa yang betul ni?
Hantaran meraih perhatian ramai netizen malah ada yang mengakui kecewa dengan Rafidah kerana sebelum ini mereka menyokong perjuangan dan mengasihani pelakon itu.
Sesetengah netizen pula akui sejak dari awal lagi mereka sudah rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Rafidah kerana tiba-tiba menjadi ‘pejuang’ tanah.
Sementara itu, segelintir netizen yang tidak berpendapat terhadap sesiapa berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.