Pergerakan Sharifah Zarina seakan sedang tawaf sewaktu masih lagi dibawah sedar susulan kesan ubat bius sewaktu di hospital.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri anak kepada penyanyi lagu Langit Ketujuh itu, Athalia apabila memuat naik momen ibunya yang masih lagi belum sedar sepenuhnya di wad selepas menjalani pembedahan.
Anak tak sangka dapat rakam pergerakan Sharifah Zarina yang sedang ‘mamai’
Dalam video yang dikongsi, Athalia memaklumkan tidak menyangka dapat merakam momen berharga tersebut apabila ibunya mengucapkan bacaan sewaktu sedang bertawaf.
Dia juga seolah-olah sedang solat apabila membuat beberapa pergerakan seperti sedang melakukan ibadah tersebut walaupun berada dalam keadaan terbaring serta mata terutup.
Pergerakan Sharifah Zarina seperti tawaf & solat selepas selesai operation
Walaupun anak kepada penyanyi itu tidak menyatakan sakit yang dihidapi ibunya, namun menerusi TikTok Sharifah Zarina, ia ada memberitahu yang dia melakukan pembedahan membuang batu karang di buah pinggang sebelah kanan.
Difahamkan, proses pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan dia juga dalam keadaan sihat.
Dekat dengan Allah, sakit pun akan ingat Allah
Perkongsian yang dibuat Athalia telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata berasa kagum dengan apa yang berlaku.
Masing-masing berasa penyanyi tersebut cukup beruntung kerana berada dalam keadaan separa sedar namun seperti sedang ada di Tanah Haram.
Allahuakbar, dalam tak sedar pun dapat rasa suasana Tanah Haram
Sesungguhnya Allah Maha Besar
Amalan apa dia buat selama ni
Mereka yang pernah alami situasi tersebut pasti faham perasaan khayal atau mamai memandangkan kesan ubat bius masih ada.
Walau bagaimanapun, situasi tersebut hanya sementara dan mereka yang berada dalam keadaan tersebut akan kembali seperti biasa setelah sedar nanti.
Sumber : omm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.