Pelakon Mila Mohsin meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami kerjayanya sebagai anak seni.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin, dia dan suami, Abang Saef Hud kini masih dalam proses menyesuaikan diri selepas berumah tangga, di samping memberi tumpuan terhadap kerjaya masing-masing.
“Alhamdulillah, suami sangat memahami bidang kerja saya. Dia juga sibuk menguruskan bisnes gimnasium yang kami bangunkan bersama.
“Kami berdua merupakan jurulatih di gimnasium dan begitu cara kami mula-mula berjumpa. Pada saya, perkara paling utama adalah komunikasi.
“Saya memang mahu aktif berlakon. Ketika ini merupakan tahun kedua saya menceburi bidang lakonan. Good Boys Go To Heaven ini merupakan siri pertama saya,” katanya kepada MH.
Anak kepada pasangan pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin itu berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran siri Good Boys Go To Heaven di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Mila, suaminya menjadi antara individu terpenting yang sentiasa memberi semangat untuknya terus berkarya.
“Kami sudah terbiasa dengan jadual kerja yang panjang dan padat. Dia sentiasa menyokong kerjaya saya. Malah, dia juga antara orang utama yang mendorong saya untuk kejar impian di dalam bidang lakonan.
“Dahulu, mungkin saya agak ragu-ragu kerana bimbang sering dibandingkan dengan kedua ibu bapa saya. Mereka meninggalkan legasi yang luar biasa.
“Jadi, agak beban untuk saya ikut laluan mereka. Malah, pada mulanya ibu saya tak mahu saya masuk ke bidang ini.
Namun, dalam kehidupan yang sekali ini, kita kena buat apa yang kita suka. Kalau kita tak ikut apa kata hati, kita akan menyesal,” ujarnya.
Pilih Berdiri Dengan Bakat Sendiri
Ditanya mengenai statusnya sebagai anak kepada pasangan pelakon popular, Mila memaklumkan dia lebih senang dikenali atas bakat sendiri dan bukan kerana nama besar keluarganya.
“Kebanyakan pengarah yang mahu ambil saya sebagai pelakon, mereka sebenarnya tidak tahu saya merupakan anak kepada Tiara Jacquelina dan arwah Hani Mohsin.
“Mereka tahu pun agak lambat. Memang saya sendiri memilih nama Mira Mohsin supaya saya boleh masuk ke industri ini secara ‘fresh’.
“Saya tak mahu orang ramai buat sangkaan yang tidak betul. Setakat ini, cara itu berjaya. Mereka memang tak perasan siapa saya sehinggalah mereka cari tahu dan buat pemeriksaan latar belakang.
“Sejujurnya saya tak rasa saya ada kelebihan
disebabkan siapa ibu bapa saya,” kongsinya lagi.
“Kalau tanya mana satu bidang yang saya lebih suka, itu agak susah. Kedua-dua bidang ini mempunyai platform yang berbeza.
“Cara pembawakan dan prosesnya juga tidak sama. Jauh di sudut hati ini, saya akan selamanya jadi anak teater. Lagipun, saya memang berasal daripada bidang ini.
“Bila berlakon di skrin pula, pengarah selalu ingatkan saya untuk tidak terbawa-bawa gaya teater kerana saya sudah terbiasa dengan persembahan pentas,” akhirinya.
Untuk informasi, Mila dan Saef baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos lalu
Sumber : mh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
