“Penganut Hindu, saya mohon maaf” Sheikh Omar tegaskan pijak Soolam bukan ajaran IsIam

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali menegaskan tindakan memijak Soolam iaitu tombak cabang tiga yang menjadi simbol agama Hindu—tidak wajar dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Sheikh Omar mohon maaf kepada penganut Hindu

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial, Sheikh Omar Ali memohon maaf kepada penganut Hindu di Malaysia dan memaklumkan tindakan tersebut tidak mengambarkan ajaran Islam yang sebenar.

“Kepada penganut Hindu di Malaysia, saya mohon maaf. Saya juga ingin tegaskan bahawa perbuatan tersebut tidak menggambarkan ajaran Islam.

“Islam tidak mengajar umatnya ‘membakar’ rakyat dan negara dengan api perkauman dan keagamaan sempit,” katanya.

Islam agama damai, bukan permusuhan

Sheikh Omar yang juga anggota Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, menegaskan Islam adalah agama damai, rahmah dan mempromosi keharmonian, bukannya perpecahan atau permusuhan.

Beliau turut memetik ayat al-Quran yang melarang umat Islam mencela sembahan agama lain kerana ia boleh mengundang tindakan balas yang sama.

“Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu mencela sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan mencela Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan.”

(Surah Al-An‘am: 108)

5.  Dalam sirah Nabi Muhammad SAW, Baginda menunjukkan contoh terbaik dalam mengurus masyarakat majmuk melalui Piagam Madinah yang menjamin kehidupan rukun antara Muslim, Yahudi dan masyarakat lain.

Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang menyakiti seorang bukan Muslim yang berada di bawah perlindungan (mu’ahad), maka aku menjadi lawannya pada hari kiamat.”

(Hadith riwayat Abu Dawud),” tulisnya.

Kontroversi tercetus selepas aktivis antikuil tidak berdaftar, Tamim Dahri Abdul Razak, muncul dalam klip video yang didakwa menghina simbol suci Hindu. Video itu menimbulkan kemarahan penganut Hindu, mengakibatkan beberapa laporan polis dibuat sejak beberapa hari lalu.

Malam tadi, kira-kira 200 orang hadir dalam protes di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur, menurut pengasas Pertubuhan Perpaduan Puratchi Malaysia, K Umagandhan.

 Tindakan balas tak menghalalkan cara

Insiden ini berlaku susulan tular imej seorang pelajar universiti, S Vikneswaran, 21, memijak al-Quran lebih seminggu lalu.

Pelajar terbabit kini didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencemar al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau.

Sheikh Omar menegaskan bahawa insiden memijak Soolam tidak boleh dianggap sebagai reaksi balas kepada tindakan menghina al-Quran sebelum ini.

“Namun bagi saya, ia bukan tiket untuk menghalalkan sebarang bentuk tindak balas menghina simbol agama lain pula. Oleh itu, tindakan tegas mengikut saluran undang-undang mesti diambil segera – bukan emosi ‘ikut kepala sendiri’, provokatif atau penghinaan demi penghinaan,” katanya.

sheikh omar

Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan profesional berlandaskan undang-undang untuk meredakan ketegangan dan memastikan isu ini tidak dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab, sambil menekankan kepentingan menghormati undang-undang negara

Sumber: ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *