KETIKA namanya kecoh diperkatakan berhubung isu penyelewengan kutipan derma, pempengaruh media sosial Alif Teega meminta orang ramai mendoakan dia dan isteri,
Aisyah Hijanah yang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk proses permohonan reman pada pagi Khamis.
Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, yang kelihatan tenang turut memberitahu dia dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah sihat, doakan yang baik-baik ya,” katanya kepada mStar.
Aliff sempat beramah mesra dengan pengamal media ketika di bawa ke mahkamah.
Alif berkongsi perkara itu ketika menyapa petugas media sewaktu keluar sebentar dari dewan mahkamah untuk ke tandas diiringi pihak penguatkuasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum itu, Alif dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, kelihatan di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi bersama pihak SPRM bagi proses mendapatkan permohonan reman bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka.
Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Alif dan Aisyah susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan susulan dakwaan kutipan derma melebihi jutaan ringgit itu tidak disalurkan secara betul.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.