“pelik ramai tepuk tangan sahabat baik nak cerai” Aliff Syukri dedh keadaan terkini Ira Kazar buat ramai terkejt

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tidak terkejut apabila mengetahui konflik rumah tangga membabitkan Ira Kazar dan suami iaitu Syamsul Yusof.

Sudah lama berkawan rapat dengan anak kepada pelakon Kazar Saisi itu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, bagaimanapun memilih untuk tidak mencampuri urusan pasangan berkenaan.

Namun, dia berharap orang ramai tidak mendoakan perkara buruk berhubung penceraian Ira dan Syamsul itu.

size NP 1 - 2024-08-23T134107.953

Aliff dan Ira merupakan kawan rapat.

“Saya dengan Ira memang rapat, bukan atas dasar ambil kesempatan ke apa.

“Sebenarnya saya dah tahu cerita Ira ni dah lama cuma sebagai orang luar saya tak patut sentuh isu rumah tangganya.

“Saya sentiasa mendoakannya dan bagi saya janganlah kita mendoakan penceraian orang lain,” katanya kepada mStar.

Mengulas situasi sedang dilalui Ira, Aliff berkata dia pelik apabila ada segelintir pihak bertepuk tangan dan mentertawakan konflik rumah tangga sahabatnya itu.

“Bila saya lihat ada yang ketawakan situasi dia, siap buat sembahyang syukur, memang tak patut.

“Bagi saya apabila kita seronok lihat kesusahan orang lain, takut nanti kita pula yang terkena jadi doakan sahaja kebahagiaan dia (Ira),” jelasnya.

size NP 1 - 2024-08-23T134041.574

Syamsul failkan cerai pada Ira.

Ditanya mengenai keadaan Ira ketika ini, Aliff hanya mampu berkongsi rakannya itu dalam keadaan yang baik sahaja.

“Ira sekarang dalam keadaan biasa-biasa sahaja. Saya tak nak cakap lebih-lebih nanti viral pula,” ujarnya.

Pada Isnin, Syamsul memfailkan penceraian terhadap Ira dan perkara itu disahkan sendiri oleh peguam syarie mewakilinya iaitu Azmi Rais.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *