PELAKON Amyza Aznan berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan anaknya, Andre Mikhail, yang kini sedang berdepan ujian berat selepas disahkan menghidap kanser paru-paru.
Amyza, 49, memaklumkan prosedur menyedut cecair di paru-paru yang dijadualkan pada Rabu tidak dapat diteruskan selepas pemeriksaan dilakukan.
“Tak tau nak cakap apa, tak jadi sedut air sebab tak ada air dalam paru-paru. Kata pakar bukan air tapi saiz tumor membesar dan menyebabkan paru-paru kanan collapse.

“Nak tahu berapa saiz tumor kena tunggu giliran MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) lagi sebulan. Semoga ada keajaiban buatmu anak,” katanya.
Amyza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya pada Rabu.
Dalam pada itu, Amyza mendedahkan prosedur yang dijalankan sebelumnya hanyalah untuk membuang cecair di paru-paru kanan dan bukan melibatkan tumor tersebut.
“Proses membuang air di paru-paru kanan, bukan tumor. Tumor masih belum kecut untuk proses pembedahan.
“Saiz dari 18 sentimeter, kali terakhir proses CT scan hanya mengecut ke 14 sentimeter sahaja,” ujarnya.
Pelakon drama Bawah Payung ini bagaimanapun memohon orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan anaknya yang kini sedang menjalani prosedur rawatan.
“Dengan rendah hati saya memohon doa buat anakanda Andre Mikhail yang akan menjalani prosedur untuk rawatan tumor pada waktu ini.
“Hanya Allah yang membalas doa-doa kalian,” luahnya.

Pada 15 Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anak sulungnya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.
Andre kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber: m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.