MENJELANG Aidiladha, tular sebuah video memaparkan situasi tegang membabitkan seorang lelaki dan wanita dipercayai suami isteri, di sebuah pasar raya.
Rakaman berkenaan mencuri perhatian ramai netizen selepas lelaki itu dilihat ‘mengganas’ dengan bertindak mencampak beberapa barang yang ada di dalam troli pasar raya.
Dalam satu hantaran dibuat seorang pelayar di platform X pada Rabu malam, dia meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki terbabit terhadap wanita itu, dipercayai isterinya.
“Suami durjana! Aku memang tak boleh sungguh lelaki baran tak kena tempat! Kau kalau ada masalah bincang dekat rumah bukan di tempat awam.
“Lelaki macam ni confirm naik tangan ni percaya la,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, lelaki itu yang memakai topi dilihat mengherdik wanita yang berada dekat dengannya sebelum mencampak barang-barang yang diambil dari dalam troli.
“Aku tak nak, aku tak nak. Apa benda ni semua? Tak ada, tak ada, blah!” katanya kepada wanita tersebut
Namun wanita itu dilihat mempertahankan tindakannya membeli barangan keperluan, dipercayai untuk sambutan Aidiladha.
“Hari raya dah nak dekat. Awak jangan pandai-pandai. Hey, awak ambil balik.
“Tak ada! Awak ambil balik. Saya memang nak ambil ni,” balasnya kepada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit terus mencampak barangan dan akhirnya menterbalikkan troli tersebut di hadapan wanita berkenaan.
“Apa hal kau? Tak payah! Dah, aku tak nak! Ini semua (barang) tak payah (beli),” katanya lagi.
Situasi tegang itu turut disaksikan beberapa orang awam sebelum mereka membantu meleraikan pertelingkahan pasangan terbabit.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pasar raya, namun lokasi dan tarikh sebenar masih belum dapat dipastikan.
Tindakan lelaki berkenaan ternyata mengundang rasa kurang senang warga maya yang mengecam sikap panas barannya.
“Apa hal marah bini rosakkan barang pasaraya. Ni laki bodoh namanya.
“Cukup pantang lempar makanan macam ni. Haraplah mamat dalam video ni rezeki dia disempitkan sebab baling-baling makanan macam ni.
“Dan aku haraplah akak ni bercerai sebelum benda lagi buruk berlaku,” antara komen netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kesahihan video tersebut dan beranggapan ia hanyalah content (kandungan) yang dibuat semata-mata.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung kes berkenaan.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.