“Ni bf no.3 pula. Harap yang ini tak ada yang jealous” Ruhainies dedh tarikh tunang, gambar teman lelaki baru buat ramai terkjut

Pelakon sensasi, Ruhainies bergurau beri tarikh bertunang menerusi Insta Story miliknya apabila berkongsi gambar bersama penerbit drama terkenal, Fadzil Teh.

Harap tak ada yang cemburu katanya

Menerusi kapsyen yang disertakan, pelakon itu memberitahu bahawa penerbit berkenaan adalah ‘teman lelaki’ ketiganya dan berharap agar tidak ada yang cemburu dengan perkongsian tersebut.

Ruhainies bergurau beri tarikh bertunang, jemput semua hadir

Dia yang terlihat ceria mengatakan yang tarikh bertunang mereka adalah pada 31 Februari tahun hadapan dan menjemput semua untuk hadir ke majlis tersebut.

“Ni bf no.3 pula. Harap yang ini tak ada yang jealous. 
“Majlis bertunang akan berlangsung pada 31/2/2025 jemput hadir,” tulisnya dengan menyertakan emoji tersenyum.

Ruhainies bergurau beri tarikh bertunang, sebelum ini ada dakwaan nak tunang juga

Gurauan tersebut boleh jadi rentetan daripada dakwaan bertunang dengan seorang aktor kelahiran Singapura susulan tularnya rekaan kad jemputan majlis pertunangan di media sosial baru-baru ini.

Dia yang menafikan dakwaan tersebut telah memberi amaran kepada syarikat penerbitan kad berkenaan supaya menurunkan contoh rekaan grafik mereka dari Instagram memandangkan telah menggunakan namanya serta Aliff Aziz sesuka hati.

Terdahulu, nama Ruhainies telah menjadi sebutan ramai sejak Mac lalu susulan kejadian tangkap khalwat dirinya dengan Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut membawa kepada permohonan penceraian yang difailkan oleh Bella Astillah terhadap Aliff sehingga masing-masing sah berpisah talak satu pada 13 Jun 2024.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *