Baru-baru ini, pelakon jelita, Datin Intan Najuwa dan suaminya telah mengadakan majlis bertahnik buat puteri sulungnya, Imane Lunara.
Menerusi satu video yang telah dimuat naik di TikToknya, ia memaparkan Intan Najuwa dan suaminya turut menjemput anak-anak dari pusat tahfiz ke kediaman mereka.
Ia turut memaparkan majlis yang telah diadakan itu berlangsung dalam keadaan yang sederhana namun cukup bermakna buat pasangan itu.
@intannajuwaaaMajlis bertahnik Imane Lunara ❤️
Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen terdapat segelintir netizen yang merisaukan keadaan Intan Najuwa kerana dikatakan kelihatan pucat dan penat.
Susulan itu, pelakon itu tampil membalas komen-komen berkenaan dengan menjelaskan dirinya masih dalam tempoh berpantang dan dia tidak mengenakan sebarang solekan pada hari tersebut.
Sumber : beaitifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.