“Nak tengok usaha dalam perkawinan, bukan ketika sudah berada di mahkmah” Diana akhirnya bersuara

Pelakon Diana Danielle tampil menyimpulkan satu pesanan berhemah buat pasangan suami isteri yang sedang dilanda masalah rumah tangga dan di ambang perceraian.

Ujar Diana, dia berharap agar golongan suami berjuang dalam menyelamatkan rumah tangga dan bukannya dilakukan ketika di pintu mahkamah.

Perempuan nak tengok usaha dalam perkahwinan, bukan ketika sudah berada di pintu mahkamah. Tolong jangan dijadikan kebiasaan, terhantuk baru nak usaha.

Tambahnya lagi, usaha tersebut haruslah dilakukan sejak awal ketika di ambang masalah dan tidak boleh dibiarkan melarat sehingga isteri tawar hati.

Kalau nak, peliharalah sejak awal, bukan bila sudah tak boleh diselamatkan. Selepas itu salahkan wanita yang sudah tak mampu memaafkan.

Dia dalam pada itu meminta orang ramai untuk tidak mengaitkan kisah perceraian orang lain dengan dirinya dan suami, pelakon Farid Kamil.

Diana Danielle beri pesanan buat pasangan suami isteri dilanda perceraian

Sekadar info, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos namun rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Perkahwinan pasangan itu dikurniakan dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Muhammad,11, dan Nur Aurora,9 tahun.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *