Pelakon sensasi, Fattah Amin nafi curang, tidak memberi nafkah seperti mana yang didakwa oleh bekas isterinya, Nur Fazura berhubung punca penceraian mereka hari ini.
Menurut laporan mStar, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin meluahkan rasa hairan Fazura mengeluarkan kenyataan tersebut walhal sebelum ini peguamnya sudah menjelaskan perkara itu.
Fattah Amin nafi curang
“Saya nafikan perkara itu, peguam dia (Fazura) pun sudah cakap sebelum ini tiada kes curang tapi kenapa tiba-tiba ada kes curang? “ soalnya.
Jelas Fattah lagi, dakwaan tersebut hanya mencemarkan imejnya malah sudah ada perjanjian antara mereka untuk menjaga aib masing-masing sebelum dia melafazkan talak.
“Itu semua tak betul, saya pun ada betul. Itu tohmahan hanya memalukan, mencemarkan nama baik saya. Kita sebenarnya dah ada perjanjian bersama sebelum saya melafazkan talak.
“Sepatutnya saya dan Fazura jaga aib dan tidak mencemarkan nama baik masing-masing. Itu adalah perjanjian yang kami dah sign bersama.
“Saya agak terkejut kenapa ada kenyataan macam itu,” katanya lagi.
Fattah Amin nafi curang
Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir ini turut menjelaskan berkaitan kereta mewah Range Rover yang didakwa pemberian hadiah daripada Fazura.
Katanya, Range Rover tersebut adalah dari syarikat dan dia bekerja dengan syarikat Fazura itu di mana gajinya ditolak untuk kereta mewah tersebut.
Untuk maklumat, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, hari ini.
Pasangan yang masing-masing pernah membintangi drama Hero Seorang Cinderella ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber : ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.