“Mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang….” Zulin Aziz sah cerai 18 Disember, dedh ape yang berlaku

Tiada angin tiada ribut, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini sejak 18 Disember tahun lalu.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, dia selesai menjalani tempoh idah hari ini.

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

“Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya punca perceraian mereka, kata Zulin, dia enggan mendedahkan sebab dia mengambil keputusan untuk bercerai.

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.

“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022. Mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata bersama.

Sumber: kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *