Penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang jasadnya ditemukan meninggal dunia malam tadi selepas hilang selama dua hari pernah merancang untuk melangsungkan pertunangan.
Perkara tersebut disahkan oleh adiknya yang juga penyanyi, Nur Aufahanie ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam di sini hari ini.
hadir bagi mengikuti proses bedah siasat mangsa hari ini.
Menurut Aufahanie, mereka hanya mengetahui rancangan Muhammad Nidza Afham untuk bertunang selepas membaca mesej dalam telefon allahyarham malam tadi.
“Masa kami jumpa telefon arwah, kita minta nombor password daripada teman wanita beliau dan lihat ada grup arwah dengan teman wanitanya, rancangan mereka.
“Dengan Aufa pun kita orang selalu tanya siapa yang akan kahwin dulu. Abang Aufa yang nombor tiga baru sahaja kahwin, memang sepatutnya lepas itu dialah.
“Tak tahu bila. Dia memang ada perancangan, kumpul duit kahwin,” katanya.
Sementara itu Aufa berkata, dia dan Muhammad Nidza Afham sangat rapat dan abangnya selalu meluahkan isi hati kepada dirinya.
Adik beradik mereka seramai tujuh orang sebelum ini hidup terpisah semasa kecil kerana ibu bapa bercerai.
“Sudah besar sikit baru hidup dan selalu bersama. Bila sudah besar sikit, pernah tanya abang, adakah dia sedih dengan ibu dan bapa bercerai. Barulah dia buka (mulut). Selama ini tidak pernah nampak dia sedih, menangis.
“Tapi sejak dia ada teman wanita, dia sudah tidak mengadu mungkin dia meluahkan perasaan kepada teman wanita. Apa yang dia sedih kebelakangan ini memang Aufa tidak tahu.
Mayat Muhammad Nidza Afham ditemukan di Sungai Klang pada pukul 7 malam tadi selepas dua hari dilaporkan hilang dan menjalani proses bedah siasat pukul 9 pagi ini.
Media dimaklumkan proses bedah siasat mengambil masa selama empat jam dan jenazah akan dikebumikan di Puncak Alam selepas Asar.
Seolah-olah memberi petanda bakal ‘pergi’, penyanyi dan YouTuber Allahyarham Nidza Afham yang ditemui tidak bernyawa di Sungai Klang, Selangor, petang semalam sempat mengulang siar video berkaitan kematian dalam TikTok.
Nidza Afham atau nama sebenarnya Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, memuat naik hantaran tersebut sekitar tiga hari sebelum kehilangannya dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Video berdurasi 42 saat itu berlatarkan suara pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias yang membicarakan soal kematian.
Menerusi paparan dikongsikan, kelihatan seorang individu sedang menunggang motosikal di atas jalan raya.
“Kadang-kadang Allah cabut nyawa kita balik kerja naik motosikal.
“Hujan dah elok nak masuk simpang depan, motosikal lain langgar dari belakang kereta lain pulak mai (datang) lenyek. Allah!
“Polis ambil kutip dengan plastik hitam,” demikian antara petikan kata-kata dalam video tersebut.
Perkongsiannya menarik perhatian ramai yang meninggalkan komen dengan mendakwa arwah seperti tahu ajalnya semakin hampir.
“Dia macam dapat rasa… yang pergi dulu semua orang baik,” tulis pengikut akaun lain.
“Nidza Afham repost macam dah tahu-tahu sahaja,” kata seorang netizen.
Awal pagi semalam berita kehilangan peserta I Can See Your Voice 3 itu dikongsi adiknya yang juga penyanyi, Aufahanie bagi memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberikan maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.
Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang iaitu berhampiran Jambatan Sungai Klang di Klang, Selangor.
Mayatnya yang memakai baju jersey bernombor 56 ditemui orang awam sekitar pukul 7 malam semalam, sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pengecaman dan bedah siasat.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan petang ini iaitu sebaik bedah siasat yang dijalankan pagi tadi selesai. – KOSMO! ONLINE
Sumber : fuh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.