“Melamar Bella di Gunung Kinabalu” Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan. Dan hari ini majlis pertunangan kami

TEKA-TEKI hubungan istimewa antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab apabila mereka berkongsi berita gembira bakal berturiang..

Syed Saddiq dalam satu perkongsian di Instagram memaklumkan perkara tersebut sebagai tanda lamaran kepada Bella.

“Saya melamar, dia kata ya.

“Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan,” katanya.

Dalam video yang dimuat naik, Syed Saddiq dilihat memberikan cincin lamaran kepada Bella ketika mereka melakukan misi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah sebelum ini.

Malah dia juga mengimbas kembali hubungan mereka yang bermula atas dasar kerja sehingga terbit rasa cinta.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati,” ujarnya.

Difahamkan majlis pertunangan pasangan itu akan berlangsung di sebuah lokasi di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *