“Mayt Zayn bukan di hutan.. tapi didalam rumah.. Ada saksi keluar dewan nampak.”. Individu ini bongkar pelaku sebenar

Pihak pembelaan memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, untuk perintah larangan bersuara (gag order) diberikan kepada lima Tiktokers yang dilihat memuatnaik kandungan bersifat subjudis terhadap ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari, 29, dan Ismanira Abdul Manaf, 29, memaklumkan kepada Hakim Dr Syahliza Warnoh terdapat lima akaun TikTok menggunakan nama CEO Zayn Rayyan,Myraskitchen00, cikpika_pika_ii, BeMalaysian 2.0 dan Malaikat Maut 382 memuat naik kandungan seolah-olah buli siber terhadap anak guamnya.

“Sejak kes ini disiasat dan didakwa, pihak kami memantau pautan video di aplikasi TikTok, banyak video-video dimuatnaik dan siaran langsung dibuat Tiktokers yang bagi kami menyajikan kandungan merosakkan dan bersifat subjudis dan boleh dikatakan buli siber kepada tertuduh, keluarga dan peguam.

“Kelima-lima akaun TikTok ini memuat naik video mengecam, berbau hasutan dan komen subjudis kepada anak guam.

Lagi Berita
Terkini: Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa abaikan anak
Ibu bapa Zayn Rayyan selesai bayar ikat jamin RM20,000
Ibu, bapa Zayn Rayyan keluar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya
JKM sedang sediakan laporan berkaitan adik Zayn Rayyan

“Kami mohon akaun ini diberikan gag order, dan sekiranya mereka melanggar perintah ini besar kemungkinan kami akan membuat laporan polis untuk memberhentikan tindakan mereka ini,” katanya dalam prosiding sebutan kes pertama bersama peguam Ilyani Khuszairi.

Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar berkata, memandangkan perkara itu baru diberitahu kepada pendakwaan pagi ini, pihaknya masih belum sempat meneliti akaun-akaun berkenaan.

“Kami memohon pihak pembelaan membuat satu permohonan baharu disertakan dengan afidavit untuk ditunjukkan kepada mahkamah. Pada peringkat ini, kami rasakan permohonan perintah larangan bersuara adalah pramatang namun saya serah kepada budi bicara mahkamah,” katanya.

Mendengar jawapan daripada Nurul Qistini, Fahmi bagaimanapun memohon mahkamah untuk memberikan satu notis kehakiman sebagai amaran kepada kelima-lima individu berkenaan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Dr Syahliza tidak memberikan sebarang perintah larangan bersuara, bagaimanapun mengarahkan pihak pembelaan membuat laporan kepada pihak berkuasa yang relevan sekiranya terdapat kandungan mengundang komen subjudis yang menghina mahkamah.

“Pada prosiding sebelum ini, mahkamah sudah membuat perintah larangan bersuara untuk pihak-pihak yang terbabit dalam kes ini, namun sekiranya terdapat aduan lanjut mengenai perkara ini, pihak pembelaan boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa yang relevan.

“Mahkamah sekali lagi ingin mengingatkan semua pihak terutamanya orang awam supaya tidak membuat komen subjudis yang menghina mahkamah,” kata hakim itu.

Sementara itu, pihak pendakwaan mengesahkan sudah menyerahkan sebahagian besar dokumen perbicaraan termasuk penyataan yang direkodkan daripada ibu bapa Zayn Rayyan serta gambar-gambar tempat kejadian berkaitan kes pengabaian kanak-kanak autisme itu.

Nurul Qistini memberitahu mahkamah hari ini, laporan forensik dan salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masih belum diberikan kepada pasukan pembelaan kerana masih dalam peringkat penyediaan.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon satu lagi tarikh sebutan bagi membolehkan baki dokumen itu diserahkan sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Dr Syahliza kemudian menetapkan 18 September ini untuk status penyerahan dokumen.

Sumber : v16net

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *