Malas isi minyak punya pasal, Dynas Mokhtar tersadai tepi jalan… Teruk kena bebel dengan suami

PELAKON Dynas Mokhtar terkandas di tepi jalan bersama dua orang anaknya selepas kereta dipandunya kehabisan minyak.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, berkata, ketika kejadian dia memandu kereta milik syarikatnya iaitu sebuah Proton Perdana dan tidak dapat mengagak ketahanan minyak walaupun sedar ia sudah berada paras rendah.

“Inilah masalah bila kita tak pakai kereta sendiri tapi kenderaan syarikat. Kita sangka minyak masih mampu pergi jauh.

dynas 2

Dynas bersama anak-anak duduk di dalam kereta.

“Sekarang ini kereta tak ada minyak, terkandas di tepi jalan. Bangang juga aku ini,” katanya.

Dynas berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan anak-anaknya tenang menemaninya di dalam kereta.

Dalam video tersebut dapat dilihat polis bantuan cuba menghulurkan bantuan sebelum suaminya iaitu Mohamad Shazrik Che Din datang membawa botol berisi petrol.

Bercerita lanjut, Dynas memberitahu suaminya sudah berpesan mengisi minyak namun dia tidak mengendahkan pesanan itu kerana malas ke stesen petrol.

“Suami saya bising sebab dia sudah pesan isi minyak tapi saya lupa. Macam mana? Dia nak datang hantar bantuan mesti kena marah,” ujarnya.

Dynas memberitahu dia pernah berdepan pengalaman sama ketika memandu kereta pertamanya iaitu Proton Waja namun insiden sama tidak berlaku apabila dia menukar kenderaan jenama luar negara.

Malah Dynas sempat berseloroh dia dan kereta jenama Malaysia tidak serasi bersama.

“Tak tahulah ini masalah perempuan atau Dynas Mokhtar yang malas nak isi minyak.

dynas 3

Suami datang bersama minyak sebagai bantuan.

“Kali terakhir saya kena macam ini masa memandu Proton Waja, kereta pertama saya. Memang selalu kena sebab tak isi minyak.

“Selepas itu saya tukar kereta lain tak pernah pula kena. Sekarang pandu proton terjadi lagi.

“Dynas mungkin tidak ditakdirkan pakai Proton. Mungkin kena tukar Perodua mungkin tak berlaku,” selorohnya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *