“Macam tu je KA counter balik” Khairul Aming tampil bersuara isu Che Sayang dikecam

Dunia masakan media sosial tiba-tiba panas bila Che Sayang Kitchen jadi sasaran kecaman netizen yang mendakwa perkongsian resipinya tak authentic dan tak ikut cara tradisional.

Segalanya bermula apabila perkongsian resipi beliau dikritik kerana tidak menggunakan bahan yang dianggap sebagai bahan sebenar. Ada yang sampai mendakwa versi Che Sayang sudah “menderhaka” kepada resipi asal.

Difahamkan jika ikut resipi sebenar, harga bahan memang agak tinggi dan bukan semua orang mampu sediakan. Jadi versi yang lebih ringkas dan mampu milik inilah yang sering dipilih oleh Che Sayang Kitchen.

Khairul Aming tampil beri sokongan

Ketika kecaman masih hangat, Khairul Aming tampil memberi sokongan terbuka kepada Che Sayang Kitchen. Walaupun mesejnya ringkas di platform X, tapi cukup mendalam maksudnya.

Resipi ni guna 4 bahan, 3 bahan boleh di beli di kedai tapi ada 1 bahan yang takkan boleh beli walau dengan duit sebanyak mana sekalipun.- Tulisnya.

Walaupun Khairul Aming tak mention nama Che Sayang tapi ramai yang faham mesej tersirat itu merujuk kepada nilai kasih sayang dan semangat kekeluargaan. Bagi sesetengah orang, itu jauh lebih penting daripada sekadar mengejar label authentic.

Sumber: ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *