“Lucinta Luna keliru nak pakai telekung atau kain pelikat” tindakan tukar jantina penyesalan luar biasa, ini jawapan dari ustaz

PERSONALITI media sosial sensasi Indonesia Lucinta Luna menyesal dengan keputusan membuang alat kelaminnya sehingga membuatkan dia keliru dalam menunaikan solat.

Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah, 35, berkata, dia keliru sama ada perlu menutup aurat dengan memakai telekung atau berkain pelikat.

“Saya sedar tentang diri saya tetapi ini adalah penyesalan saya yang luar biasa.

“Kalau solat pun kadang-kadang jadi keliru… Sama ada nak pakai telekung atau kain pelikat sahaja,” katanya.

size NP 1 - 2024-07-25T102448.546

Lucinta menyesal tukar alat kelamin kerana keliru bagaimana mahu tunaikan solat.

Lucinta meluahkan perkara itu ketika muncul dalam siaran sebuah podcast di Indonesia.

Dalam pada itu, Lucinta berkata dia pernah menyuarakan perkara itu kepada seorang ustaz ketika menjalani hukuman penjara empat tahun lalu.

Katanya Lucinta, ustaz berkenaan memintanya memakai pakaian bersesuaian dan mereka tidak berhak menghakiminya.

“Ustaz kata sebab saya sudah jadi ‘bentuk’ macam ini, dia tak boleh menilai saya kerana kita sama-sama manusia.

“Jadi dia minta saya pakai pakaian yang bersesuaian untuk menghadap Tuhan.

“Ustaz minta saya bercakap dengan Allah kerana Dia maha mendengar dan hanya Allah dapat menghakimi saya dan bukannya manusia,” katanya.

Untuk rekod, Lucinta pernah ditangkap dan dipenjarakan pada Februari 2020 selama setahun kerana kes penyalahgunaan dadah.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *