“Lori bawang siapa terbalik ni!” Ramai bangga pelajar pendidikan khas berjaya ikut resipi Khairul Aming

Setiap kali tibanya Ramadan, ramai yang pasti sudah ternanti-nanti program 30 hari 30 resepi yang sering dikeluarkan oleh influencer atau usahawan, Khairul Aming.

Jika tahun lalu, pelbagai kisah lucu yang dikongsikan oleh orang ramai dalam usaha mereka mengikuti resepi Khairul Aming sehingga ada yang dapur terbakar, lesung terbelah dan banyak lagi.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan Khairul Aming turut pening kepala apabila memikirkan bagaimana pula gelagat orang ramai pada tahun ini dalam mengikuti resepinya.

Bahkan dek kerana tak nak ramai yang gagal, Khairul Aming turut tampil dengan pelbagai resipi yang mudah untuk dicuba.

Pelajar PPKI berjaya buat puding karamel ikut resipi Khairul Aming

Baru-baru ini, pelajar pendidikan khas (PPKI) dari sebuah sekolah turut tidak ketinggalan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming pada Ramadan tahun ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Elovera Jounie yang dipercayai guru kepada empat orang pelajar tersebut, mereka telah mencuba untuk membuat puding karamel.

Dalam video berkenaan kelihatan setiap pelajar menunjukkan ke arah kamera puding yang telah berjaya dilakukan dengan bimbingan Elovera.

Kelihatan mereka berjaya melakukan pencuci mulut berkenaan mengikut setiap langkah yang dikongsikan oleh Khairul Aming.

Puding karamel yang dibuat menjadi dan cantik

Bahkan puding mereka juga kelihatan cantik dan bak kata orang memang ‘jadi’. Malah bahagian gula yang berwarna coklat juga tidak hangus atau terlalu gelap.

“Terima kasih Khairul Aming kongsi resepi puding karamel. Pelajar saya berjaya. Boleh dah kami join kelas online,” kata Elovera.

Turut kelihatan wajah mereka begitu gembira sewaktu menunjukkan puding karamel yang dibuat ke arah kamera.

Ramai bangga dengan pelajar pendidikan khas

Melihat di ruangan balas ramai yang bangga dengan usaha yang dilakukan oleh pelajar-pelajar ini. Malah ada yang mengatakan Khairul Aming perlu ‘repost’ atau meninggalkan komen pada video berkenaan.

Ada juga yang mengatakan resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming secara tidak langsung membuatkan masyarakat hidup harmoni.

Ini kerana resipi yang dikongsikan itu turut mendapat perhatian selain menghubungkan orang ramai.

Tidak kurang ada yang mengucapkan tahniah atas usaha mereka yang cuba melakukan terbaik dalam menghasilkan resipi itu.

Ada pengguna turut memberikan perdapat agar Khairul Aming memberikan lebih banyak lagi resipi mudah agar boleh diikuti anak-anak istimewa.

“Khairul Aming hubungkan Malaysia daripada pelbagai bangsa, umur, dan latar belakang. Awak lakukan yang terbaik”

“Khairul Aming hubungkan orang istimewa kepada guru istimewa”

“Tahniah semua. Rasa nak nangis gembira dengan semua pelajar istimewa. Tahniah Khairul Aming bukan saya sahaja tapi semua nak cuba”

“Tahnniah semua gadis cantik. Terima kasih cikgu. Auntie so proud, alah sebak pula. Khairul Aming tengoklah pelajar cantik awak ni”

Sumber: buzzkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *