“layak untuk kebahagiaan masing masing” Ira Kazar dedh sesuatu mengenai hubungannya dengan Syamsul Yusof

Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendedahkan yang dia masih dalam hubungan yang baik dengan Syamsul walaupun dah berpisah.

Menurut laporan Harian Metro, Ira berkata yang mereka berdua tidak menyimpan dendam walaupun rumah tangga yang dibina bersama sebelum ini tidak bertahan lama.

Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh.

Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan.

Tak bermusuh untuk kebaikan kedua-dua pihak

Ira juga berkata yang bermusuhan bukanlah jalan terbaik terutamanya untuk menjaga kesihatan mental dan emosi bagi kedua-dua mereka.

Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang.

Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami.

Fokus karier seni

cerai

Bukan tu jer, bekas isteri kepada Syamsul itu juga memberitahu yang dirinya kini lebih fokus kepada karier seni, tambah lagi apabila baru saja melancarkan single duet terbarunya bersama Alan D yang bertajuk ‘Tak Kisah’.

Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan. Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke depan.

Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul, dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya.

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *