“Kita perlu berdamai dengan diri sendiri” vdeo mesej istri dai Syed buat m4ngsa kembali tuIar buat ramai panas

Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail, menjadi bualan wargamaya selepas tular semula potongan video mengenai ‘mesej’ buat mangsa rogol.

Hana Ismail berpendapat ini ujian

Menerusi potongan video yang dimuat naik di aplikasi X, pemilik nama Hana Ismail, diminta untuk memberi sepatah dua kata buat mangsa rogol sehingga mengalami depresi.

Menurut Hana, mangsa perlu belajar memaafkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum bertindak dengan mendedahkan hal tersebut secara umum.

Saya nak bagitahu, kita semua melalui ujian.

Saya simpati apa yang terjadi pada mangsa, cuma saya nak dia faham bahawa tak semua perkara dalam dunia ini kita perlu bagitahu semua orang.

Jadi, kadang-kadang apa yang kita perlu adalah berdamai dengan diri sendiri.

Maafkan diri sendiri dahulu. Terima kelemahan dan kelebihan diri.

Belajar memafkan diri.

Potongan video berdurasi hampir seminit itu bagaimanapun mencetus kemarahan antara netizen yang menyifatkan Hana sebagai wanita yang tidak memiliki sifat kemanusiaan.

Netizen berang dengan Hana Ismail

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Da’i Syed kekal berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan seperti mana yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Hakim Datuk Adlin Abdul Majid memutuskan perkara tersebut selepas meneliti rekod perbicaraan serta hujah daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita yang ketika itu berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, pada awal pagi 11 September 2019.

Pada 30 Ogos 2024, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.

Pada 20 September 2024, tertuduh dibenarkan keluar sementara dengan jaminan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Walaupun pihak pembelaan sebelum ini berhujah bahawa hubungan seksual tersebut berlaku atas dasar suka sama suka, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa mangsa tidak pernah memberikan sebarang persetujuan.

Terkini, Da’i Syed menerima keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam iaitu dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan.

Sumber : oh bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *