PELAKONĀ Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.
Peguam mewakili Sarah atau Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, Datuk Akberdin berkata, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif bersama defendan.
Dalam pada itu, Akberdin berkata persetujuan dilakukan mengikut terma dan syarat ditetapkan dan dibaca di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak secara terbuka.
Puteri Sarah dan peguamnya, Akberdin.
Ketika prosiding berlangsung, Wiwi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sarah dan kesal dengan segala tohmahan di lemparkan kepada pihak plaintif.
Dalam draf pernyataan, peguam turut memaklumkan, pihak defendan dan plaintif bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform media sosial.
Selain itu, Wiwi juga perlu buat permohonan maaf secara terbuka di Instagram untuk tatapan umum selama tujuh hari.
Untuk rekod, pada 30 Ogos tahun lalu, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Isi kandungan penyata tuntutan itu memaklumkan Wiwi pada 24 Ogos tahun sama membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram.
Susulan kekecohan Wiwi menjentik Sarah di media sosial, wanita itu dilaporkan minta untuk bertemu aktres itu selepas memaklumkan tindakan undang-undang bakal diambil terhadapnya.
Bagaimanapun, bekas isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu enggan bertemu dengan individu tersebut.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.