“Kenapa Madammu pun nak kena ulas isu Fattah dan Fazura pula?” Respon Madammu setepek terus kena

Usahawan dan pengasas produk kecantikan, Madammu atau nama sebenarnya Erica Baiduri, baru-baru ini tampil bersuara ketika bersiaran langsung di TikTok.

Dia menegur netizen yang mendesaknya untuk memberi komen mengenai perceraian Fattah Amin dan Fazura yang sedang viral.

“Kenapa nak ulas? Itu kan rumah tangga dia,”- Tegas Madammu…
Menerusi video yang tular di TikTok, Madammu mengingatkan netizen untuk tidak campur tangan dalam urusan peribadi orang lain, terutama tentang perceraian. Baginya, bukanlah perkara yang baik untuk mengulas hal rumah tangga orang lain.

Siapa yang nakkan perceraian? Semua orang tak nak perceraian.- Tambahnya.

Madammu turut menasihatkan peminat agar tidak terlalu ghairah membincangkan isu tersebut. Dia menegaskan bahawa orang luar tidak tahu apa yang dilalui oleh pasangan selebriti itu.

Kita tak pakai pun kasut mereka, kita tak tahu apa yang mereka lalui. Sebagai peminat, berhentilah bergosip. Jangan terlalu alpa dengan kesedihan orang lain.

Sudahlah, tengok keluarga kita sendiri, jangan sibuk rumah tangga orang.- Nasihatnya lagi.

Terdahulu, pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Mereka berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima, yang kini berusia 4 tahun.

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *