“Kebanyakan peniaga campur gula dan ais, tak tahu tahap kebersihan” Sophia Albarakbah berniaga di bazar Ramadan…

PELAKON Sophia Albarakbah memberitahu dia bakal berniaga air kelapa pandan asli di Bazar Ramadan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata Ramadan kali ini membawa kelainan buat dirinya apabila dia dan adik-beradik lain sepakat untuk membuka gerai bermula hari ketiga Ramadan.

Kata Sophia, idea tersebut tercetus daripada minatnya sendiri terhadap air kelapa yang dianggap lebih sihat berbanding minuman bergula.

Istimewanya Ramadan kali ini, saya dan adik akan menjual air kelapa di Bazar Ramadan Merdeka yang terletak di Stadium Merdeka. Mungkin kami akan mula berniaga pada hari ketiga Ramadan.

“Saya memang suka air kelapa dan tidak minat minuman bergula. Kalau di bazar biasanya kita lihat ramai menjual air kelapa dalam balang yang sudah dicampur gula dan ais.

“Jadi, nak cari yang fresh (segar) agak susah, tapi kami jual terus dari buah. Lebih sihat kalau minum terus dari buah kelapa.

“Selain itu, saya juga agak skeptikal sikit, tak tahu ais itu bersih atau tidak,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sophia menegaskan dia sentiasa terbuka menerima maklum balas pelanggan demi memastikan kualiti dan perkhidmatan terbaik diberikan.

Sudah tentu saya bersedia menerima maklum balas daripada pelanggan. Kami mahu berikan perkhidmatan terbaik kepada semua orang.

“Saya jual benda yang betul-betul saya suka dan saya rasa ia berkhasiat untuk diminum.

“Kalau tidak terikat dengan penggambaran saya akan turun menjual bersama adik saya,” katanya.

Sumber: m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *