Isteri Redza Rosli iaitu Bella Hanna dedah dia tidak kisah sekiranya suaminya bersentuhan dengan wanita lain dalam babak lakonan.
Menerusi satu hantaran di TikTok, ayu_klang telah memuat naik semula tangkap layar video siaran langsung Bella atau nama sebenarnya Farhana Nabila Rosman.
Isteri Redza Rosli tak kisah suami lakon babak bersentuh
Menurut Bella yang juga merupakan pelakon, dia memilih untuk bersikap profesional terhadap tugas dan tanggungjawab suaminya sebagai seorang pelakon.
Katanya, dia tidak kisah kerana suaminya bersentuhan dengan wanita lain hanya ketika sedang melakonkan babak dan tidak melakukan perkara demikian ketika berada di luar set.
Isteri Redza Rosli faham tanggungjawab suami
“Komitmen kerja kita kena faham, dah kita kahwin dengan pelakon. Jadilah profesional. Bukannya kalau macam kat luar set dia pegang. Dia pegang pun dalam set dengan berlakon,” katanya.
Dalam pada itu, aktres berusia 28 tahun itu turut berkata walaupun ada kebebasan itu, mereka tetap meletakkan had terhadap babak-babak yang melibatkan bersentuhan.
“Jujurnya, saya tak kisah, itu kerja tapi mesti ada bataslah. Lagi-lagi bila kita ni dah berkahwin, dah ada suami dan isteri mesti ada had. Dan saya rasa, setakat ni Redza tak ada buat babak daring. Setakat pegang berlapik saya okay,” ujarnya.
Foto: Utusan
Tambah aktres Luruhnya Bunga Cinta itu lagi, sebagai isteri dia sentiasa memberikan sokongan terhadap karier suaminya dan berharap agar orang ramai memahami kerjaya mereka.
“Sebagai isteri, saya kena beri sokongan kepada dia. Saya pun berlakon, dia pun faham juga. Tapi, mesti ada had. Dia pegang pun sebab komitmen kerja. Saya harap korang semua pun faham,” luahnya.
Sumber : ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.