“Kantoi dalam video orang lain” Rakaman Jofliam dan Dewi check in hotel di Jakarta!

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai kontroversi rumah tangga membabitkan usahawan pizza, Jofliam dengan bekas isterinya Cik Epal.

Mana tidaknya, keruntuhan mahligai pasangan tersebut telah dikaitkan dengan seorang wanita dikenali sebagai Dewi yang mendakwa dia pernah ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada Jofliam.

Jofliam

Jofliam

Cik Epal

Disebabkan itu, Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi tampil dalam sebuah podcast untuk menjelaskan perkara sebenar bagi membersihkan namanya daripada terus dituduh menjadi orang ketiga dalam hubungan pasangan pempengaruh tersebut.

Pun begitu, konflik antara Dewi dan Cik Epal masih berlarutan apabila pempengaruh itu mengambil tindakan undang-undang dengan menuntut permohonan maaf serta ganti rugi sebanyak RM1 juta terhadap Dewi.

Bukan itu sahaja, Jofliam turut menafikan tuduhan bersekedudukan dengan Dewi walaupun mengakui wanita berkenaan ada keluar masuk ke rumahnya yang ditemani keluarga.

Jofliam

Jofliam, Dewi ada di Jakarta?

Terbaharu, Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai @Diyana Razip di laman Instagramnya, dia bersama dua orang rakan lain dipercayai sedang bercuti di Jakarta, Indonesia.

Apa yang menarik perhatian adalah netizen mendakwa ternampak kelibat Jofliam dan Dewi yang secara tidak sengaja masuk dalam content wanita terbabit.

Dalam video itu, seorang lelaki berbaju coklat dan wanita tanpa hijab yang didakwa seperti sosok tubuh Jofliam dan Dewi berduaan memasuki lobi di hotel berkenaan.

     

Sehingga kini, Jofliam dan Dewi masih mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan dia sudah bercerai dengan Jofliam selepas 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *