“Kank2 makan keropok beracun” Akulah pekebun yang ditahan atas kelalaian mak dan Tok dia

Susulan kes keropok beracun sehingga mengorbankan dua nyawa Julai lalu, pekebun dikenali sebagai Uzair Shafawi tampil menceritakan situasi daripada pihaknya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Uzair berkata, keropok berkenaan sebenarnya diletakkan di atas pagar dengan ketinggian 4 kaki setengah.

Menurut pekebun ini, memang tidak logik kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun dapat mengambilnya. Tambahan pula ianya diletakkan di laluan kera di kawasan hutan bukannya di tepi jalan.

Akulah si pekebun yang ditahan tu atas kelalaian mak dan juga penjaga kepada dua mangsa tu (alfatihah). Aku dok dalam 8 ari, buta ja kena dok dalam. Memang naya ja aku kena. Mak dan juga tok kepada mangsa tu masih lagi tak ditahan.

Pekebun ini juga meluahkan rasa kecewa apabila tiada seorang pun wartawan menemuramahnya untuk bertanyakan hal sebenar.

Jelasnya, selepas kejadian itu, dia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan tidak lari ke mana-mana pun.

Bila ada kematian pertama baru aku ditahan. Pada hari aku ditahan aku berada di kampung rumah mertua aku sebab aku hantaq anak bini aku balik sana.

Aku rasa aku akan ditahan sebab tu lah aku hantar anak bini balik kampung mertua aku. Keluarga mangsa sorang pun tak ditahan lagi. Kena berlaku adil la. Kalau nak tahan, tahan la kedua-dua pihak. Aku dah ditahan. Kenapa mereka masih lagi tak ditahan.

Lebih mengejutkan apabila pekebun ini mendakwa datuk kepada mangsa banyak memutar belit cerita sebenar.

Semua orang pi rumah tok kepada budak-budak tu. Tok dia pulak banyak putaq belit cerita. Kalau ada wartawan atau NGO dan juga adun sini mai rumah aku.

Aku boleh ceritakan perkara sebenar tapi haram sorang pon tak mai rumah aku. Yang mai rumah aku adalah pihak polis ja. Bagi aku pihak polis memang terbaik.

ditahan aku berada di kg rumah mertua aku..sbb aku hantaq anak bini aku balik sana..sbb aku rasa aku akan ditahan sbb tu lah aku antaq ank bini balik kg mertua aku…keluarga mangsa sorang pon x ditahan lg..kena berlaku adil la..klu nk tahan..tahan la kedua2 pihak…aku dah ditahan..kenapa mereka masih lg x ditahan…sapa yg kata kenapa x infom pihak perhiltan sbb masalah kera ney..aku dh infom pihak perhilatan dari tahun 2021 lg tp x da action…bila jd kes mcm ney..hbs semua agensi turun…sangkaq kera pon aku ad buat..tp dkt sini dok ada 100 hingga 200 ekoq kera…para2 pekebun tahu la mcm mna nk hadap kera ney..aku plk hnya dpt sumber pendapatan hnya dari hasil kebun saja…ada org ckp jgn bunuh haiwan seperti kera atau monyet ney..nnti dpt karma la apa lah..habaq kt org mcm tu..nyamuk mai gigit ag jgn tmpaq..nyamuk ada dlm rumah jgn semboq racun nyamuk..sbb nyamuk pon binatang…lalat mai hinggap dalam pingan ka mangkuk ka jgn halau..kongsi la darah dgn nyamuk tu..kongsi la makanan tu dgn lalat…binatang bila dh mendatangkan kemudarat diharuskan kita utk mmbunuh…buta2 ja kena p dok dalam 8 ari…bnyak lg nk aku cerita kan..ini adlah fakta sebenar…

Ari ney baru aku tergerak hati nk post video ney walaupun dh sebulan berlalu..terlalu bnyak bnda x betui org dok bercerita…dan aku berterima kasih kepada nitizen yg backup aku..terima kasih kalian semua..
Pembetulan..bukan 20 meter tp 20 kaki…
#kes keropok beracun..

Sumber : fuh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *