Bekas isteri dakwa dipaksa tidur & mandi dengan madu, kisah suami kahwin 3 cetus sensasi. Siapa yang pernah mengikuti kisah seorang influencer yang mempunyai jumlah pengikut ramai, pasti tahu kisah hidupnya bermadu.
Di media sosialnya wanita cantik manis ini pernah berkongsi hubungan baiknya dengan madu ketiga,@Tyrah.
Ramai yang kagum dengan keakraban mereka kerana keduanya boleh keluar bersama, makan bersama-sama bahkan dari video ditonjolkan hingga mencapai jutaan views, keduanya nampak seperti kawan baik dan bukannya hidup bermadu.
Namun di sebalik kemanisan bermadu itu, malam tadi di live tik tok, Tyrah dan Kak Nad (merupakan bekas isteri kedua) membuat kemunculan bersama di mana mereka berkongsi sisi pelik bekas suami yang mendakwa mahu mereka mandi bersama, tidur bersama dan lain lagi sekaligus mendedahkan kehidupan bermadu tidak semanis disangka dalam video Tik Tok @myanggun23.
Di bahagian pertama, keduanya berkongsi pernah dipaksa tidur bersama, mandi bersama berdua dengan madu dan lain lagi. Bahkan isteri kedua ini mendakwa dirinya dipaksa membuat pinjaman wang. Dan lebih teruk soal solat juga dibangkitkan.
@myanggun23 Tok seko sungguh tengok ko perangai. Tok sanggup weh! Hidup bermadu, tidur sekali, mandi sekali. Bini nok semaye pun tok bui. Allahu dunia akhir zaman #babyazrinbermadu #babyazrintyrah #suamipenunggangagama #fyp ♬ original sound – Anggun SB
Dalam siaran langsung itu kak Nad mendakwa dirinya sering menerima tekanan sebelum diceraikan dengan talak tiga.
Part by part, di siaran langsung yang sama @Tyrah mendakwa dirinya pernah ditampar dan ditolak ketika mengandung dan dirinya turut berkongsi ada ramai saksi melihat situasi tersebut malah dirinya turut menyimpan bahan bukti di telefonnya.
Setakat satu jam lalu, part 4 telah dimuat naik di Tik Tok tersebut dan sudah pasti semakin banyak kisah sensasi dikongsikan
Sumber : mingguan wanita
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.