SELEPAS kecoh isu ‘perang’ dengan rakan artis, pelakon Puteri Balqis sekali lagi mencuri tumpuan apabila mendedahkan dia bakal berdepan tindakan saman.
Tanpa mendedahkan punca sebenar, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, memberitahu saman itu berkaitan ‘bukti yang tidak mencukupi.
“Melalui WhatsApp yang kami terima, kami mungkin bakal disaman kerana tidak cukup bukti,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Pelakon itu bagaimanapun dilihat tidak gentar dan sedia berdepan sebarang tindakan pihak terbabit.
Malah dia juga menegaskan sebarang kenyataan yang dikeluarkan adalah benar.
“Kami bersedia untuk disaman, dipenjara atau apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.
“Tapi kami tidak akan berganjak sedikit pun daripada apa yang kami kata, jelasnya.
Dipercayai istilah ‘kami’ yang digunakan merujuk kepada dirinya, ibu, bapa tiri serta tunang.
Pelakon ini dalam masa sama nekad untuk berdepan apa sahaja dugaan yang melanda keluarganya ketika ini.
Untuk kali ini tidak akan ada seorang pun daripada keluarga kami yang akan membenarkan ibu disaman atau digari seorang diri.
“Kami berempat akan sama-sama tempuh,” tegasnya.
Nama Aqish sebelum ini menjadi tumpuan ramai selepas dia mendedahkan konflik yang pernah berlaku antara dirinya dan juga aktres Mia Sara Nasuha.
Kemelut itu berlarutan apabila nama pelakon Janna Nick turut terkait dan mereka saling berbalas kenyataan di media sosial.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
