“Kami tak kenal dia, pakai baju tutup aurat dapat pahala” Haneesya Hani berang dilayan biadab oleh sebuah jenama pakaian

Pelakon dan model jelita, Haneesya Hani meluahkan rasa berang gara-gara dilayan dengan biadab oleh sebuah jenama pakaian terkenal bagi tujuan memohon tajaan bagi persediaan drama terbarunya.

Haneesya berkata, dia tidak kisah jika jenama itu enggan menajanya namun tidak perlu bersikap kurang ajar seperti itu.

Saya tidak pernah melihat orang yang kerja dalam bidang khidmat pelanggan yang kurang ajar begini. Tahap macam minta penampar.

Kalau tak mahu beri tajaan, saya tidak kisah. Saya okey sahaja tapi tak perlu kurang ajar dan boleh cakap baik-baik.

Tak semua jenama mampu nak beri tajaan sebab saya sendiri ada perniagaan, saya faham.

Pelakon itu juga turut berkongsi tangkap layar perbualan ibunya selaku pengurus peribadi bersama seorang individu mewakili jenama itu.

Haneesya hani sponsor baju

Individu itu dilihat mengakui tidak mengenali siapakah Haneesya dan juga meminta pelakon itu untuk memakai baju menutup aurat.

Haneesya walau bagaimanapun tidak mendedahkan apakah jenama pakaian tersebut kerana enggan membenarkan ia menjadi ‘viral’ dan terkenal.

Saya tak kisah jika orang tak kenal saya walaupun pernah menang anugerah. Namun saya tak mahu dedahkan siapa orang ni, tidak perlu buat dia jadi terkenal.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *