Kali pertama tayang isteri, Isteri setia temani dimakmah, reaksi Hafızd bila wartawan tanya perkara ini

PELAKON Hafidz Roshdi mencuri perhatian apabila hadir ke sebutan kes pukul ditemani isterinya iaitu Athira Yuhada pada pagi Jumaat.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, juga kelihatan ceria ditemani isteri dan ibunya iaitu Haniza Mohd Jabar di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor.

 

Athira yang sempat menyapa petugas media memberitahu kehadirannya untuk memberi sokongan moral kepada suaminya.

WhatsApp Image 2024-07-12 at 09.31.40

Atirah (di sisi) Hafidz setia memberi sokongan kepada suaminya.

“Ya saya datang untuk berikan sokongan buat suami saya,” katanya ringkas.

Sementara itu, Hafidz meminta peminat mendoakan agar urusan mahkamah dipermudahkan.

“Doa yang terbaik buat saya saja, itu yang saya harapkan,” katanya.

Pada 13 Mac tahun lalu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya (ketika kejadian) sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, di sini.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, (ketika kejadian) sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pukul 3.22 pagi pada 2 Mac tahun lalu (2023).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Hafidz kemudian dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *