“Kak KM hanya tumpang rezeki,” cuba penuhi impian ank mahu benda mewah ini sempena birthday ke 21

Usahawan dan personaliti media sosial, Liana Rosli mesra disapa Kak KM  hanya tumpang rezeki anak-anak atas segala keselasaan dan kemewahan dilimpahkan oleh-Nya.

Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, usahawan jamu sensasi berusia 43 itu memberitahu segala apa diperolehnya adalah kerana anak-anak dan tak kisah berhabis demi permata hati.

Oplus_0

Kak KM hanya tumpang rezeki anak-anak

Oleh itu, dia akan cuba menunaikan impian anak sulung, Nabila Razman yang mahukan sebuah kereta mewah jenis Porsche bersempena ulang tahun kelahiran ke-21 tidak lama lagi.

“Masih mencari bersesuaian. Nabila bakal sambut ulang tahun kelahiran ke-21 tahun. Jadi, dia dapat kunci. Tapi bukan kunci kebebasan.
“Sebagai anak sulung (Nabila), Kak KM tanya dia nak apa? Dia cakap nak Porsche. InsyaAllah, doakan kita punya rezekilah
“Tak kisahlah kalau memang rezeki, kita pun tumpang anak. Tiada masalah pun,”kata Kak KM.

Kak KM contohi ibu, utamakan anak-anak

Ujar Kak KM, apa yang dilakukannya pada masa kini adalah hasil melihat didikan ibunya yang juga pelakon veteran, Normah Damanhuri yang sentiasa mengutamakan anak-anak selepas memperoleh rezeki.

“Saya membesar dengan seorang ibu, dia mencari duit. Arwah bapa Kak KM dah meninggal dunia. Jadi, ibu yang jaga kami (adik-beradik lain) seorang diri dengan duit hasil penggambaran.
“Balik sahaja daripada penggambaran, semua anak kena masuk ke dalam kereta pergi membeli-belah seorang satu troli. 

“Pemikiran dia (ibu), semuanya tentang anak-anak. Tiada penggambaran ajak pergi bercuti, apa-apa semua anak. 

“Jadi, Kak KM banyak sikit ikut cara ibu. Memang bagi Kak KM, daripada miskin tiada apa-apa pun, Kak KM cuba simpan duit, kita mula nak berniaga jamu, Kak KM terus berniat untuk anak-anak dan buat kalau dah dapat. Bukan ada duit tapi kau pergi buat benda lain, itu salah,”ujarnya lagi.

Terdahulu, Kak KM memberitahu dia mahu anak-anaknya bekerja dan memberi wang belanja buat dirinya dan suami.

Jelasnya, meskipun dia memiliki wang sendiri tetapi dia masih mahu menerima wang belanja daripada anak-anak agar mereka mendapat keberkatan.

Sekadar info,Liana Rosli mendirikan rumah tangga dengan Razman Ramli dan dikurniakan empat cahaya mata sepanjang 22 tahun usia perkahwinan mereka.

Sumber : ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *