Pemengaruh media sosial, Kasih Iris Leona tampil menjelaskan mengenai gambar tular mengenakan baju pengantin kononnya dia mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Leona berkata gambar tersebut hanya ‘prank’ dan mengakui dia masih belum mempunyai kekasih apatah lagi suami.
@leonathe2nd♬ original sound – le yoooooooo na
“Maaf buat prank. Korang fikir saya akan kahwin senyap-senyap? Berak pun saya beritahu dalam TikTok, langgar kereta dan patah hati pun saya muat naik juga.
“Nampak sangat saya tiada kekasih atau suami. Jangan kata suami, teman lelaki pun tiada untuk dikongsikan. Apa yang saya muat naik, semuanya content semata-mata,” katanya.
Sementara itu, Leona turut berseloroh jika berkahwin dia akan pastikan dari jarak 10 kilometer sudah boleh nampak cincinnya.
Kalian percaya ke saya akan kahwin senyap-senyap? Tiada maknanya. Kalau saya nak kahwin, saya akan pastikan cincin kahwin itu dari jarak 10 kilometer pun sudah nampak batunya,” katanya.
Sumber : rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.