Penyanyi Iman Troye meluahkan rasa kesal terhadap tindakan tidak bertanggungjawab seorang pengguna media sosial yang mewujudkan akaun palsu menggunakan nama serta gambarnya di platform Threads.
Hamil sebelum menikah

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Siti Nur Alyssa Sahabudin menjelaskan perkara itu lebih mengundang kemarahan apabila individu berkenaan bukan sahaja menyamar sebagai dirinya, malah turut menyebarkan dakwaan tidak benar kononnya dia sedang hamil.

“Suka hati kau saja, tiba-tiba tuduh aku mengandung. Jumpa di akhirat,” ciapannya, semalam.
Pelantun lagu Harum Sundal Malam itu turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana individu terbabit dipercayai cuba mengambil kesempatan dengan memperdaya orang ramai untuk mendapatkan wang.
“Kau dah lah muat naik hantaran cakap aku mengandung, aku ini kahwin pun belum. Siap ‘scam’ orang lagi letak QR.
“Orang yang komen pun percaya itu saya kenapa? Allahuakhbar. Terang-terang itu akaun palsu,” jelasnya.

Iman juga mengakui hairan apabila masih ada pengguna media sosial yang terpedaya dengan kandungan hantaran tersebut walaupun jelas ia dimuat naik oleh akaun yang tidak sah.
Sementara itu, semakan mendapati akaun palsu berkenaan kini sudah dinyahaktifkan dan hantaran berkaitan dakwaan kehamilan itu juga telah dipadam daripada platform berkenaan.
Sebelum ini, tular di Threads satu hantaran yang mendakwa kononnya Iman sendiri mengumumkan berita kehamilannya sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.
Lebih mengejutkan, individu yang menyamar itu turut memuat naik imej imbasan ultrasound bayi bagi meyakinkan orang ramai bahawa dakwaan tersebut adalah benar.
Sumber: ohmm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.