KA menitis air mata tengok ramai hidupkan memori melalui resipinya bersama insan tersayang

KA Menitis Air Mata Tengok Netizen ‘Hidupkan’ Memori Melalui Resipinya Bersama Insan Tersayang

Khairul Aming merupakan seorang pempengaruh ternama tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Memilik puluhan juta pengikut yang terkumpul di pelbagai platform media sosial menjadi tanda gerak-gerinya sentiasa menjadi perhatian orang ramai.

Terbaru menerusi hantaran @Khairul Aming di Threads, beliau berasa rasa sebak apabila menonton beberapa video yang dikongsikan oleh warga maya.

KA menitiskan air mata melihat video yang dikongsikan oleh orang ramai

KA menitiskan air mata melihat video yang dikongsikan oleh orang ramai
Video-video tersebut memaparkan momen-momen di mana resepi yang dikongsikan olehnya telah menjadi sebahagian daripada kenangan manis ramai orang.

KA berkata hatinya terasa tersentuh kerana resipinya bukan sahaja memberi inspirasi dalam dunia masakan, malah turut menyatukan keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang penuh kasih sayang.

“9 tahun lalu, saya seorang diri di rumah sewa, buat video masak tanpa tahu ada orang yang menonton atau tidak. Tahun demi tahun, kita mula kenal satu sama lain

“Ada yang dari zaman belajar kini sudah bekerja, ada yang bujang kini sudah berkahwin, ada yang sudah menjadi ibu bapa, dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kita,” katanya.

KA tak dapat cipta detik ini bersama arwah ayah
Beliau juga berkongsi perasaan peribadinya terhadap kenangan yang tidak dapat diulang kembali.

“Saya sudah tidak dapat cipta detik-detik ini bersama arwah ayah, tapi bila melihat korang gembira memasak bersama keluarga, itu bermakna segalanya bagi saya

“Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih semua atas segalanya,” ujar KA di ruangan kapsyen.

Setiap gelak tawa, senyuman dan detik kebahagiaan yang dirakam wargamaya dalam video-video itu, membuktikan bahawa masakan bukan sekadar makanan, bahkan medium untuk mengeratkan hubungan dan memori manis bersama orang tersayang.

Dalam masa sama, hantaran itu mendapat ribuan komen dan reaksi daripada warga maya yang turut sama berkongsi pengalaman mereka.

Ramai yang bersetuju bahawa makanan bukan sahaja mengenyangkan perut, malah boleh menjadi ‘jambatan’ kepada kenangan dan ikatan kasih sayang.

@khairulaming9 tahun lepas i was alone dalam rumah sewa, buat video masak yang tak tahu ada orang tengok ke tak. Tahun demi tahun kita mula kenal each other. Ada yang dari zaman belajar now dah kerja, ada yang bujang skrang dah kahwin, ada yang dah jadi mak ayah, dan ada juga yang dah pergi meninggalkan kita. Saya dah tak boleh create moments ni dengan arwah ayah, tapi bila tengok korang happy masak dengan family, that means the world to me. Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih guys for everything

♬ som original – Elldzs★


Sumber: siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *