Jenazah dua beranak yang lemas selamat dikebumikan dalam satu liang

Jenazah dua beranak yang lemas selepas dihanyutkan air deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kanan, di sini, selamat dikebumikan dalam satu liang di sini hari ini.

Lebih 200 orang yang terdiri daripada sanak saudara, kenalan dan penduduk kampung hadir untuk menyaksikan majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid Aisyah, Kampung Tanjung di sini, pada 4 petang.

Terdahulu, jenazah Muhammad Rosman Rohadi, 19, dan ibunya, Salmah Mat Zain, 46, tiba di masjid itu untuk disembahyangkan.

Bapa saudara, Md Tajuddin Awang Mohammad, 47, berkata, dia bersyukur kerana segala urusan pengebumian jenazah dua beranak itu sudah selesai.

“Ramai ahli keluarga kami yang hadir selain penduduk kampung di sini dan Alhamdulillah, segala-galanya sudah selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi semalam, dua beranak itu dihanyutkan air deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kanan, Jalan Padang Sanai, di sini.

 

Muhammad Rosman dipercayai menarik tangan ibunya, Salmah yang berpaut pada pokok sebelum mereka dihanyutkan air deras.

Jasad Muhammad Rosman yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran ditemui tersangkut pada pelepah kelapa sawit pada 5.35 petang, semalam manakala jasad ibunya ditemui jam 7.45 pagi hari ini pada jarak kira-kira 50 meter dari anaknya ditemui.

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *