“Jatuh air mata edit video…” Dari tahun lepas belum berehat, Khairul Aming izin undur diri!

Pempengaruh dan juga usahawan, Khairul Aming memohon izin untuk mengundurkan diri selepas sebulan memberikan pelbagai resepi-resepi bagi memeriahkan lagi Ramadan buat semua rakyat Malaysia.

Kelas Cikgu Khairul Aming sudah tamat

Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin bin Kamarulzaman, 34 mengakui sebak sewaktu menyunting video-video daripada orang ramai yang mencuba resepi yang pernah dikongsikan.

Ujarnya, apa yang dilakukan masyarakat Malaysia sangat bermakna buatnya lebih-lebih lagi sewaktu bulan Ramadan ini.

“Jatuh air mata masa edit video ni. You have no idea betapa bermakna video ramadan ni untuk KA.
“Yang muda, yang tua, tak kira agama atau bangsa, semua masuk dapur untuk cuba memasak.
“Terima kasih bagi KA peluang untuk meriahkan ramadan anda semua,” ujarnya.

Izin undur diri untuk berehat

Susulan daripada itu, Khairul Aming meminta izin untuk mengundurkan diri selepas sebulan membantu memberi idea buat ramai orang menghasilkan juadah berbuka puasa.

Jelasnya, sejak tahun lepas lagi, dia belum sempat untuk berehat dan mengambil peluang hari raya ini untuk melakukan perkara tersebut.

“Izinkan cikgu undur diri dahulu, dari tahun lepas lagi belum berehat. Selamat hari raya guyss, maaf zahir dan batin,’ tulisnya.

Terima kasih cikgu!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada pempengaruh tersebut kerana bukan sahaja berkongsi idea juadah-juadah mudah, tetapi turut mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan kenalan tanpa mengira kaum mahupun agama.

Kita cipta momen yang meriah Ramadan ini

Masakan dapat menyatupadukan kita

Semoga bertemu lagi di Ramadan tahun hadapan.

Sumber: ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *