“janji tak hasilkan karya syok sendiri!” Aliff Syukri bakal terbit drama pendek, ramai teruja dengan kisahnya

SUDAH lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan sebuah drama pendek berjudul ‘Abah Aku Jaga’ dalam masa terdekat.

Aliff, 39, berkata karya itu dihasilkan sebagai refleksi diri selain mengenang kembali sikap biadab terhadap arwah bapanya, Kamarzaman yang masih segar dalam ingatan sehingga kini.

“Ada satu babak seorang bapa menghantar anaknya ke sekolah dengan motosikal. Anak itu marah dan malu kerana menganggap pekerjaan bapanya sebagai pengawal keselamatan memalukan.

“Bila saya imbas kembali, sikap saya ketika itu memang biadab,” katanya kepada mStar.

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Pembukaan Wisma D’Herbs di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Aliff, menerusi drama pendek itu, dia mahu mengangkat keagungan seorang ayah yang membesarkan anak dengan penuh pengorbanan sehingga anak itu berjaya dalam kehidupan.

“Menerusi cerita ini, saya mahu mengangkat kisah seorang abah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun masih mampu membesarkan anaknya hingga menjadi Aliff Syukri,” jelasnya.

Tambahnya, drama pendek tersebut dihasilkan secara realistik tanpa mementingkan rupa paras pelakon semata-mata, sebaliknya menitikberatkan penyampaian cerita yang jujur.

“Saya tidak mencari pelakon yang kacak. Saya sudah beritahu pengarah supaya cerita ini perlu disampaikan secara jujur dari awal hingga akhir,” luahnya.

Aliff juga berkata, sekiranya Abah Aku Jaga menerima sambutan luar biasa, dia tidak menolak kemungkinan untuk mengangkat kisah itu ke layar perak.

Tegasnya, drama pendek itu bukan bertujuan untuk mempromosikan perniagaannya, sebaliknya menyampaikan mesej dan kisah kehidupan sebenar.

Drama pendek berkenaan bakal ditayangkan di platform YouTube dengan durasi sekitar tujuh hingga 10 minit, selain mengambil inspirasi daripada iklan jenama besar yang menyentuh emosi.

“Kalau short film ini berjaya dan memberi impak besar, saya mungkin akan kembangkan dalam bentuk filem. Saya tak mahu orang kata saya buat cerita syok sendiri.

“Tetapi jika ia bermanfaat, saya nak hasilkan filem mengenai kisah cinta bersama isteri pula” ujarnya.

Aliff berkata, dia berani melaburkan wang sendiri bagi menjayakan projek tersebut bukan untuk meraih keuntungan, sebaliknya sebagai usaha memberi kefahaman kepada masyarakat tentang perjalanan hidupnya.

Dalam masa sama, Aliff berkata drama tersebut turut didedikasikan kepada golongan yang sering dipandang rendah oleh masyarakat.

“Ramai kata saya ‘sangkak miskin’ kerana terlalu kuat berniaga, tetapi orang tidak tahu saya pernah jual nasi lemak di tepi jalan dan pergi dari rumah ke rumah.

Cerita ini bukan untuk menjual apa-apa produk, la hanyalah sebuah kisah,” katanya

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *