“Jangan sampai kucing kau mampus merata” berbelas ekor dah mati… Individu ugut letak racun lakukan ini

ISU melibatkan kucing sama ada terbiar atau dipelihara sememangnya menjadi masalah yang tidak pernah berkesudahan dalam kalangan jiran tetangga.

Dalam kes terbaharu yang tular di media sosial, seorang individu tampil membuat laporan polis susulan mesej ancaman daripada penghuni di pangsapuri didiaminya.

Menerusi mesej itu, dinyatakan bahawa racun tikus akan diletakkan di kawasan sekitar kerana kehadiran haiwan tersebut khususnya yang terbiar dianggap sebagai gangguan.

Dalam hantaran di laman X, individu berkenaan berkata laporan polis dibuat bukan hanya kerana tindakan sedemikian membahayakan kucing, malah boleh mengancam nyawa kanak-kanak.

Dia turut memuat naik imej mesej ancaman berkenaan yang sudah dicetak untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis.

Antara kucing yang ditemukan mati di sekitar pangsapuri, dipercayai diracun.

Mesej berkenaan berbunyi: “Perhatian kepada pembela atau pencinta kucing yang tidak bertanggungjawab dan yang perasan akan dapat pahala lebih sedangkan kau menyusahkan jiran.

“Ini nasihat aku, mulai hari ini aku akan letak racun tikus di sekitar tingkat 3, depan rumah, depan lif kecil dan sekitar tangga.

“Jika kau sayang sangat dengan kucing kau, harap kau jaga elok-elok dalam rumah, jangan sampai kucing kau mampus merata di sini. Tolong selamatkan kucing kau sekarang,” demikian mesej yang dipercayai dikirim menerusi grup WhatsApp penghuni pangsapuri berkenaan.

Menurut individu berkenaan, sehingga kini sudah berbelas ekor kucing terbiar ditemukan mati di sekitar pangsapuri, dipercayai diracun oleh penghuni tertentu.

Ujarnya, dia dan beberapa penghuni lain di pangsapuri yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur itu khususnya pencinta si bulus, sudah memberi cadangan serta alternatif untuk mengatasi tindakan kejam terhadap haiwan berkenaan.

Antaranya, mewajibkan penghuni yang memelihara kucing atau yang memberi makan kucing jalanan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran, selain memastikan haiwan tersebut dipelihara di dalam rumah.

Strays berkeliaran luar rumah bukan lesen untuk gunakan racun tikus. Silap-silap budak kecil yang makan.

NETIZEN

“Kami, stray feeders tahu kemampuan kami sendiri. Kalau boleh, kami nak kutip semua strays, jaga sendiri, lindung diaorang dari bahaya luar.

“Ingatlah yang aniaya strays, Allah SWT itu wujud. Kami akan terus usaha untuk bantu strays semampu mungkin,” tulisnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Ada yang bersimpati dengan nasib kucing-kucing terbiar dan menyokong usaha individu tersebut dalam mempertahankan kebajikan haiwan jalanan.

Reaksi bercampur daripada warga maya.

Namun, tidak kurang juga ada segelintir netizen memahami keresahan sesetengah penduduk yang terganggu dengan kehadiran kucing liar yang mungkin mencemarkan kawasan, meninggalkan najis, atau menyebabkan alahan.

“Rumah bertingkat ni, tak sesuai bela kucing.

“Nak bela kucing bukan main tunjuk dia paling penyayang, tapi sudahnya kucing dibiarkan bertempiaran.

Strays berkeliaran luar rumah bukan lesen untuk gunakan racun tikus. Silap-silap budak kecil yang makan. Gunalah otak sebaiknya,” demikian antara komen netizen.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *