Suasana kampung gempar selepas dikejutkan penemuan mayat seorang wanita di ladang sawit Kampung Sri Keledang, dekat sini, jam 6 petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sri Keledang, Ibrahim Isham Ismail berkata, dia terus ke tempat kejadian selepas dimaklumkan seorang penduduk.
Katanya, dia sungguh terkejut penemuan mayat wanita di ladang berkenaan yang jaraknya kira-kira 700 meter dari Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Keledang.
“Jalan ke lokasi kejadian adalah jalan yang digunakan penduduk kampung jika ada urusan di Behrang dan Tanjung Malim, Perak,” katanya.
Ibrahim Isham berkata, jalan berkenaan biasanya dilalui penduduk pada waktu siang sahaja kerana pada waktu malam, jalan berkenaan agak sunyi.
“Saya harap penduduk yang menggunakan jalan berkenaan supaya berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran jalan berkenaan,” katanya
Semalam, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan 6 petang di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.
Susulan penemuan mayat berkenaan, polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita berkenaan.
Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah dijangka akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak untuk dikebumikan.
Perkara itu dimaklumkan abang wanita berusia 25 tahun itu, Mohd Farriza Azmi Abdullah ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Farriza Azmi berkata, keputusan akhir pengebumian jenazah adiknya perlu bergantung kepada keputusan ibu mereka yang dijangka tiba dari Miri, malam ini.
Bedah siasat ke atas mangsa dijadualkan hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Sumber : Fuh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.