“Jalan Gerik Jeli..” Wanita berjaya merangkak naik selepas ditolak jatuh gaung oleh suami

SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa cuba membunuh isterinya dengan menolak wanita itu ke dalam gaung, dalam kejadian di KM 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, suspek berusia 39 tahun itu yang juga suami mangsa membawanya ke Perak kononnya mahu pulang ke kampung kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat.

Tambahnya, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek di dalam kereta, sepanjang perjalanan mereka dari ibu kota.

“Apabila sudah malam setibanya di suatu tempat, suspek memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau, namun mangsa merayu sebelum pertengkaran berlaku di dalam kereta itu sambil suspek mencekik leher mangsa.

“Mangsa bertindak terjun daripada kereta tetapi suspek memasukkan isterinya itu semula ke dalam kereta dan terus memecut kereta sehingga tiba di kawasan KM 31.2 JRTB kira-kira jam antara 4 pagi hingga 5 pagi.

“Setibanya di kawasan itu, berlaku lagi pertengkaran mulut antara mereka. Suspek kemudiannya menarik mangsa keluar dari kereta dan berlaku pergaduhan serta pergelutan di bahu jalan.

“Suspek kemudiannya bertindak menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut Zulkifli, mangsa yang berusia 32 tahun bertindak menyelamatkan diri dengan merangkak naik ke bahu jalan sebelum dijumpai oleh orang awam.

Zulkifli berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 2 petang hari yang sama menerusi panggilan telefon oleh orang awam.

“Mangsa mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh dan kini menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya lagi.

Zulkifli berkata, suspek berjaya ditangkap pada Rabu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah kerana terdapat pembabitan dalam kes yang berlaku di daerah pentadbiran IPD berkenaan.

“Sejurus siasatan kes di Baling selesai, suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh ini,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *