Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai usahawan Datuk Red yang mengakui kini dalam proses menjalinkan hubungan dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi.
Laporan berita berkenaan turut mendapat perhatian isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail yang dilihat turut memberikan komen.
Lihat siaran ini di Instagram
Komen tersebut seolah-olah meluahkan rasa simpati terhadap isteri pertama yang sebelum ini bersusah senang serta menganggap isteri kedua adalah perampas.
Difahamkan, Datin Patimah menulis komen berkenaan selepas ada seorang netizen mendakwa bekas isteri Datuk Red sudah di ‘prank’. Namun tidak diketahui maksud komen tersebut.
Komen Datin Patimah itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang turut bersetuju namun ada yang mempertahakan bekas isteri kedua yang sebelum ini turut menanggung bekas suaminya itu.
Sumber : rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.