Sebelum ini, pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof pernah dikatakan dalam keadaan depresi susulan terus-menerus terima keceman daripada netizen.
Menjawab mengenai dakwaan tersebut, Syamsul berkata dirinya berada dalam keadaan tenang dan menjalani kehidupan harian dengan gembira.
Dalam pada masa yang sama, aktor tersebut turut berasa terkilan dengan tindakan isteri, Ira Kazar tidak menghadirkan diri ke mahkamah pada hari ini.a
Untuk info ramai, Syamsul sudah bersiap sedia mahu melepaskan Ira Kazar pada sebutan kes cerai yang sepatutnya berlangsung pada hari ini tetapi kerana gagal hadir, tarikh sebutan kes itu bakal ditunda pada 25 September 2024.
PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof sudah bersedia untuk melafazkan cerai terhadap isterinya iaitu Ira Kazar.
Perkara itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan kerana Ira tidak dapat hadir ke mahkamah pada Selasa dan memaklumkan baru sahaja melantik peguam bagi urusan berkenaan.
Hal ini dimaklumkan oleh peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais.
Azmi ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
“Syamsul sedia untuk melepaskan Ira. Syamsul pastinya mahu segera selesaikan kes mahkamah ini.
“Ira baru sahaja melantik peguam dan disebabkan itu dia tidak hadir pada hari ini (Selasa),” katanya kepada pemberita.
Azmi ditemui media semasa sebutan pertama perceraian Syamsul dan Ira yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Selangor pada Selasa.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.